Isnin, 18 Mei 2009

formula 21 hari

Tabiat positif adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti personaliti seseorang kepada personaliti yang disenangi diri sendiri dan orang sekeliling.
Caranya ialah anda perlu mencatatkan mengikut beberapa langkah di bawah
Senaraikan tabiat negatif yang anda ingin buang atau gantikan
Apa tabiat positif atau sikap yang anda ingin pertingkatkan atau masukkan
kedalam personaliti anda.
Apa tindakan yang akan anda ambil untuk buang tabiat negatif. Senaraikan tindakan tersebut
Pilih cara paling mudah untuk anda laksanakan.
Buat gambaran mental bahawa anda telahpun berjaya memiliki tabiat positf yang anda inginkan.Lihat,dengar dan rasakan tabiat positif baru anda walaupun anda baru nak mula menerapkan dalam diri
Gunakan perakuan diri (power of affirmation)yang menyatakan dan mengesahkan diri baru anda
Buat pemerhatian perubahan-perubahan yang telah anda capai dan cari maklum balas jika masih belum berjaya kemudian buat rumusan bagi dilaksanakan tindakan pembaikan.
teruskan langkah-langkah yang telah anda buat sehingga 21 hari dan anda akan dapati anda telah pun memiliki tabiat positif yang baru dan ianya adalah sebahagian dari personaliti baru anda yang hebat.

2 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

erm...bagus formula ni. x pernah nak praktikkan...tq 4 sharing.

Unknown berkata...

kadang2 kita kena fikirkan dari sudut lain untuk berjaya