Khamis, 18 Disember 2008

Kembali Sibuk.

Eka Education Centre merupakan sebuah Kem yang di rancang berteraskan kepada keinginan kami untuk berkongsi ilmu dengan ruang dan peluang yang disediakan. Perjalanan dan perlaksanaan kem ini disokong dengan kemudahan persekitaran yang memberi impak terhadap kecapaian objektif program yang dirancang.
Dengan mengambil kirakan akan perubahan persekitaran pembelajaran hari ini , kami di Eka Education Centre telah ' menyesuaikan ' beberapa pendekatan terkini hasil daripada proses pengalaman jurulatih yang dilantik. Kami percaya kepada konsep ' perubahan harus berlaku dengan sendiri ' dengan memegang fitrah manusia itu sukar untuk berubah. Kecuali keinginan itu datang daripada ' minat untuk berubah'. Berpaksi daripada itu kami juruskan program latihan kearah menetapkan ' minat untuk berubah'.

Berdekatan latihan dalam bentuk Ceramah , Latihan Dalam Kumpulan , Permainan , Simulasi dan muzik digunakan sebagai perantaranya.

Jurulatih yang dilantik adalah daripada mereka yang mendapat latihan secara praktikal daripada Program Latihan Khidmat Negara , Program JatiDiri Kesukarelaan Negara , Biro Tatanegara dan pelajar - pelajar dari Universiti tempatan.
SEBARANG PERTANYAAN :
EN HARUN ABU BAKAR
O19 - 3689375 & 017 6634254 & 012 6710968

Tiada ulasan: